Sejarah operasi Dassault Super Mystère

Super Mystère berkhidmat dengan Tentera Udara Perancis sehingga tahun 1977. Selain itu, 36 buah pesawat telah dijual kepada Tentera Udara Israel pada tahun 1958. Pesawat ini telah digunakan semasa Perang Enam Hari pada 1967 dan Perang Yom Kippur pada 1973. Pesawat ini amat disukai oleh para juruterbang Israel dan setanding dengan pesawat Mikoyan MiG-19 negara-negara Arab dalam pertempuran di udara.

Pada 1975, Israel telah menjual 12 buah pesawat lengkap dan 6 set alat-alat ganti kepada Honduras. Pesawat ini telah terlibat dalam beberapa pertempuran kecil di sempadan dengan Nicaragua. Pesawat ini akhirnya telah ditamatkan perkhidmatan pada tahun 1996. Walaubagaimanapun, 11 buah pesawat yang terselamat telah digunakan semula dalam perkhidmatan pada tahun 1998 bagi menentang penyeludup dadah yang memasuki ruang udara Honduras secara haram.